5 IDENTITI KEBANGSAAN MALAYSIA

5 IDENTITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1)BENDERA


Lambang Jalur pada bendera menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju
yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini.

Gemilang bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh itu Jalur
Gemilang melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam
mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi
menjaga nama dan menaikkan imej negara.

Warna Merah pada jalur melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran.

Warna Putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan,

Warna Biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai manakala

Warna Kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan Negara.

2) JATA NEGARA

Lambang Malaysia, atau Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalamPersekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu menandakan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dahulu (JohorKedahPerlisKelantan danTerengganu).
Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok Pinang) menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka menandakan Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang; merah dan kuning warnaSelangor; hitam, putih dan kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialahNegeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.
Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia. Slogan, "Bersekutu Bertambah Mutu" ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah kiri dan tulisan Jawi di sebelah kanan.
Jata Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963).
Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja

3) LAGU KEBANGSAAN
Lirik Lagu Negaraku - Lagu Kebangsaan Malaysia

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta 

4) RUKUN NEGARA




5) BUNGA KEBANGSAAN

Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaanKementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga KenangaBunga RayaBunga MelurBunga TerataiBunga MawarBunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung denganSingapuraSabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.


DISEDIAKAN OLEH :
NAZATUL ADRIANA BINTI RAHIM
(09DFP14F2037)
SITI NUR AKMAL WAHIDA BINTI MUHAMAD KAMAL
(09DFP14F2044)
NURNAZIHAH BINTI ISHAK
(09DFP14F2045)
NURUL SYASYA BINTI HASIM
(09DFP14F2046)

DISEDIAKAN UNTUK :
ENCIK MUHAMMAD ALHAFIZ BIN AMAT ESA